Sunday 25 August 2013

BERKAT MAMA TU PENTING GILER!! (bahagian 2)

Assalamualaikum semua..
Ok...ok....sy nk sambung cite smlm...
korang bace eh...
sure best!!(cam kompem jeh)

ok...smlm abis smp N da buat Z mrh giler kn dan die nekad utk tinggalkan Z. Normal bagi semua manusia kat dunia ni. Bila nk tgglkan seseorang msti akan cari org lain utk mengisi kekosongan tu. Mcm tu jgk la yg jd pada N. Dia mula mengenali lelaki bernama B dlm bulan exam tu. B pula trima N dlm idup dia. N terus nekad utk ttglkn Z walaupn Z merayu dan menyesal dgn keranah n perbuatan2 dia. N nekad tinggalkan Z bukan sbb B tp N tinggalkan Z sbb die da xlarat idup xde berkat ibu dan Allah swt. Mcm masalah N hadapi dan family seperti smakin jauh dr N. Lepas N tinggalkan Z, N teruskan hubungan dengan B. Bila dengan B, N x mengharap sbb N tau B sorang laki yang baik dan N rasa xlayak dgn B disebabkan sejarah hitam N dulu. Smua tu N just serahkan kepada keredhaan dan ketentuan Allah swt. Jika B bukan jdoh N, N tetap redha dan teruskan kehidupan dengan lebih mendekatkan diri kepada yang Maha Agung. Dalam cuti akhir tahun, N tidak duduk berdiam dan xkan berada di rumah lebih daripada seminggu kerana N takut Z akan datang utk berjumpa N. Kali terakhir N jmp Z adalah di mahkamah rendah syariah bagi menyelesaikan kes penangkapan yang berlaku setahun lalu. N sungguh menyesal di atas keputusannya dan menganggap perkenalannya dengan Z adalah mimpi paling ngeri dalam idupnya. (hanya Tuhan je yang tau perasaan N waktu tu). Siapa kata N xkecewa ngan perpisahan tu? Walaupun N yang tinggalkan Z tp N tetap rasa kecewa seperti orang putus cinta. Dia x lalu makan, slalu rasa nk tido, hati sakit dan rasa nk menangis tapi B sentiasa membuatkan N tertawa dan menenangkan hati N semula. N juga mendapat dorongan dan sokongan daripada rakan-rakan rapat dan ibu N. Mereka sentiasa menasihati N dengan menyatakan ianya adalah keputusan yang paling tepat memandangkan N nekad meninggalkan Z pd waktu isteri Z sedang mengandung anak yang ke-4. N juga mengalihkan rasa kekecewaannya dengan bekerja sambilan sepanjang cuti akhir tahun sementara menunggu keputusan peperiksaan dan naik semester baru. Dalam masa yang sama N terus menerus mengelak daripada Z dan merapatkan hubungan dengan B. Maybe korang akan rasa mcm N ni prempuan xmalu dan xde maruah tp korang maybe xrasa apa yang N rasa. Korang maybe akan rasa N ni ganti2 pakwe mcm ganti baju tp korang xfaham perasaan N. Korang xkan fhm kalau korang xpernah rasa perasaan terlalu cinta smp rasa nak mati tapi terpaksa tinggalkan insan yang dicintai. Korang juga xkan fhm kalau korang xpernah rasa dikongkong mcm banduan. Lama kelamaan N mula hilang rasa sayang kepada Z dan belajar menyintai B. Akhirnya waktu yang dijanjikan tiba. Keputusan peperiksaan N keluar dan ianya amat memeranjatkan. Keputusan peperiksaan N naik mendadak daripada keputusan semester lepas sedangkan pada bulan peperiksaan waktu tu N mengalami banyak masalah n hampir malas ulangkaji. N xputus bersyukur dengan ikhsan Allah swt dan berkongsi kegembiraan ibunya. N tersedar tentang berkat Allah swt yang sejurus selepas N nekad putus hubungan dengan Z. Semuanya berkaitan dan memiliki flow tersendiri...N nekad meninggalkan Z sekaligus menyebabkan berkat ibunya sampai semula kepada N dan ikhsan daripada Allah swt mula diterima N.
The End

Subhanallah....
Allahu Akhbar...
Alhamdulillah...
Berkat ibu sangat penting dalam hidup seorang anak xkira anak laki or perempuan. Selagi anak perempuan belom berkahwin, SYURGA ANDA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU!!! bila anak perempuan berkahwin, automatik syurga korang beralih di bawah tapak kaki suami korang.
manakala kepada anak lelaki pula..SAMPAI MATI PUN SYURGA KORANG KAT BAWAH TAPAK KAKI IBU KORANG!!!

ok...end of the story..cite ni bukan rekaan. Ianya memang kisah benar yang berlaku dalam hidup seorang muslimah, hamba Allah swt yang mengharapkan ikhsan dan keberkatan dari Nya.
Doakanlah agar muslimah ini istiqamah dalam perubahannya...
Amin..^ ^

No comments:

Post a Comment